Friday, April 10, 2009

-PulanG Ke PanGkuaN aYah & BoNDa-

Cuti stdy week telah pun bermula...asalnya aku dh cti awal..tpi ada 1 lgi assignmt yg perlu dihantar..nk atau tak terpaksa la aku posponed dlu hajat nk balik rumah..alhamdu lillah..segala kerja dah selesai..dan assignment telah pun dihantar..so tnpa mensia-siakan peluang yg ada ak pun buat kputusan utk balik ke rumah pd pgi semalam..terasa rndu akan kedua org tuaku serta celoteh dua orang adikku yg masih bersekolah..manakan tidak, sudah sebulan lebih tidak menjenguk mereka disebabkan kesibukanku menyiapkan tugasan dan sebagainya..jika sblm ini, seminggu sekali ak balik..kalau x pun 2mgu sekali..tpi sejak berpindah ke p.png ni agak jarang sekali ak pulang ke rumah..almaklum lah..tambang bus dh naik..nk balik pun kne pikir dua tiga kali ehehehe...
Entah kenapa mood aku baik hari ni...
tiba2 rasa nk mengemas rak buku yg agak kurang tersusun di ruang tamu rumahku..
sedang aku mngemas, aku mjumpai beberapa artikel yg agak menarik..mungkin ada di antara kalian yang pernah membacanya...tpi bgku ianya adalah satu ilmu dan pengetahuan yg amat berguna..disini akan aku kongsikan artikel tersebut bersama kalian...


---7 Golongan Manusia Yang Diselamatkan Dari Siksaan Di Hari Akhirat---

1. Orang yang sabar menunggu orang yang berhutang dengannya sehingga orang yg berhutang itu senang dan mampu membayar kepadanya.

2. Orang yang menyediakan makanan untuk mereka yang sedang kelaparan.

3. Orang yang menyelamatkan atau membela anak-anak yatim atau perempuan janda.

4. Seorang mukmin yang sentiasa kasihkan terhadap seorang mukmin yang lain.

5. Seorang perempuan yang kematian suaminya serta terpaksa menanggung beban dari anak-anak yang ditinggalkan oleh suaminya itu, TETAPI dia tidak berniat untuk bersuami lagi sehingga mati demi untuk membela anak-anaknya.

6. Seorang mukmin yang menghidupkan sunnah Nabi serta membanyakkan bacaan selawat ke ats Nabi.

7. Orang yang mengunjungi orang-orang yang sakit serta mendoakan kesihatannya.



*******Ciri-ciri Wanita Yang Baik Maruah Dan Akhlaknya*******

1. Tumpukan hati untuk menjaga maruah, berakhlak mulia, menjaga ibadah serta memelihara hubungan sesama insan.

2. Berakhlak dengan Allah seperti tekun beribadah.

3. Sabar menempuh kesusahan (ujian Allah) mengerjakan perintahnya.

4. Sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah, serta banyak mengingati Allah.

5. Mentaati suami dan reda dengan pemberiaan suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan maruah suami.

6. Berakhlak dengan ibu bapa dan memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga ke arah kebaikan dan keredaan Allah.

7. Menjaga pergaulan sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka. Membantu dan memudahkan mereka dengan apa yang termampu.



Monday, March 2, 2009

MENGAPA UMAT ISLAM DIUJI???

Peranan Umat Islam

Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik(makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam. Ia bertujuan agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat. Pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali Imran ayt 104 yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya.

Diuji Dengan Pelbagai Ujian Untuk Menjadi Kuat Dan Matang

Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas manusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian untuk mengetahiu sejauh mana mereka benar-benar beriman kepada Allah
(lihat ayat 2 surah al-Mulk dan ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut)

Umat Islam diuji dengan kefarduan solat lima waktu, puasa sebulan di bulan Ramadhan, menunaikan fardu haji di Mekah, berakhlak mulia, bersangka baik, meninggalkan segala tegahan dan larangan Alllah dan sebagainya, ia tidak lain adalah untuk menjadikan mereka umat yang berkualiti tinggi dari sudut keimanan, ketakwaan dan hubungan antara Allah selaku Pencipta. Tanpa Ujian, sudah pasti umat manusia seluruhnya tidak mengetahui sejauhmana keimanan mereka itu kepada Allah.

Ujian Adalah Untuk Mengingatkan Umat Tentang Peranan Dan Tanggungjawab

1. Berlaku bermacam-macam fitnah terhadap agama (dilakukan sendiri oleh umat Islam),
2. Berlaku gempa bumi, ribut taufan, banjir kilat, tanah runtuh,
3. Kematian di mana-mana (sama ada kematian disebabkan kemalangan, bunuh diri, membunuh orang lain bagi menutup malu dan lain-lain), umat ditimpa pelbagai bentuk bala daripada Allah.

Berdasarkan keterangan hadis Nabi Muhammad di atas, kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikategorikan dalam golongan umat Nabi Muhammad yang banyak kelebihannya, kerana baginda sahajalah yang mampu memberi syafaat di akhirat dibandingkan dengan para Anbiya yang lain. Namun, apa yang patut kita sama-sama fikirkan ialah persoalan hidup kita semasa di dunia ini, pernahkah kita terfikir, bagaimana Nabi Muhammad mengkhabarkan mengenai raptai ujian atau siksaan di dunia ini atas kesilapan yang kita sendiri lakukan. Atas kealpaan manusia bernama Islam, yang melakukan banyak tindakan yang menyalahi agama, hingga ia dianggap fitnah terhadap umat Islam itu sendiri, sebagai contoh, berapa ramai di kalangan wanita Islam yang tidak bertudung kepala(hijab) dianggapnya dosa kecil, ada yang berjudi, minum arak, merogol keturunan sendiri, meragut, membunuh dan bermacam-macam jenayah lagi, kesemua itu adalah fitnah kepada Islam.

Jesteru, apabila umat Islam sendiri terlibat dengan fenomena fitnah, maka tidak mustahil Allah SWT menimpakan pelbagai bentuk malapetaka dan bala yang tak terduga oleh akal manusia, kalau di zaman dahulu Allah timpakan bala seperti belalang, kutu, katak, darah yang menggerunkan pada ketika itu, pada hari ini Allah hukum dengan selsema burung, penyakit kuku, tangann, kaki dan mulut, Aids dan macam-macam lagi yang menyebabkan manusia takut dan pasrah terhadap hukuman-Nya. Antara bala yang ditimpakan Allah ke ats umat Islam kini ialah kematian, sama ada yang disebabkan oleh kemalangan atau pembunuhan, laporan akhbar setiap hari menyebut mengenai kes-kes kematian, ini menandakan bahawa Allah sedang merancang sesuatu untuk menghukum kita yang alpa dengan habuan dunia yang menjauhkan diri kepada-Nya.

Sebenarnya ujian kita terima dan sedang berhadapan dengannya, adalah tidak lain untuk mengingatkan kepada asal kejadian kita, iaitu untuk beribadat kepada-Nya, apabila kita diuji dalam keadaan taat dan mati keranaNya, maka kita sedang melakukan perkara yang soleh, tetapi sebaliknya apabila kita mati dalam keadaan maksiat dan menentang Allah, dikhuatiri kematian kita itu menjadi kutukan di sisi Allah SWT, justeru, marilah kita sama-sama menginsafi diri dan banyak melakukan muhasabah kepada Allah.


sumber:Mimbar Masjid_masjid bukit kachi uum

Friday, February 27, 2009

SejaRaH KeLaHiraN RaSuLuLLaH s.a.w

Allah s.w.t berfirman yg bermaksud:
"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat seluruh alam."

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman. Kisah ini disebut dalam Al Quran dalam surah al fil yang bermaksud:
"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?
sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar)
Allah berfirman lagi;
"Dan Dia(Allah) mengutuskan ke atas mereka burung Ababil yang melontarkan mereka dengan batu daripada tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat"

Bapa nabi, Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi normal yang lain. Apabila Nabi berpaling ke arah Parsi, api sembahan kaum Majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba-tiba. Dan apabila nabi berpaling ke arah ibu kota Rom, istananya bergegar. Nujum DiRaja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebaskan Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan kenduri besar-besaran di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

Perkara-perkara pelik berlaku merupakan mukjizat kenabian yang Allah tunjukkan bertujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal akan nabi. Ia juga sebagai satu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yang ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh Allah s.w.t semenjak baginda lahir lagi.




Monday, February 23, 2009

FaHami yg TerSuRAT Dan TerSiRAT

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
Bukan bermusuh sebagai tujuan
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
Tidak bercampur hak luar negeri
Hendaklah belajar bersungguh hati
Untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggota
Hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
Dikuat pula amalan syariat
Ditambah pula ilmu makrifat
Berpakaian pula dengan isyarat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
Besar jasanya kepada kita
Kalau menderhaka bahaya menimpa
Di akhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
Menerima amanah Tuhan Rabbi
Supaya menjadi mukmin sejati
Demi menegak Islam yang suci